Thursday, 13 October 2011

Rainbow Cake Resipi : Nak Cuba Nanti

As-Salam,

Menariknya kek ni, satu ari nanti nak buat la......sebelum tu blogger su mesti wat dlu ...sebab dia pandai wat kek...ehehehe........

Resepi yang dari website My Resipi oleh Syufa

Resepi di copy utk memudahkan anda semua...


Bahan-bahan ( Satu Kek Bulat )

2 cawan Tepung naik sendiri (self-rising flour)
1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus
5 biji telur ayam (gred B)
250gm butter
550gm buttercream readymade (beli kat kedai jual bahan buat kek)
Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah,oren)
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan susu pekat + air, sukatan air tak kisah byk mana sbb untuk kurgkan kepekatan susu (untuk moist & lembutkan kek)
Sprinkle Star/Beads sebagai hiasan pada cream kek

Cara-cara

1)Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.
2)Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.
3)Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. Masukkan juga susu + air.
4)Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. 
5)Gaul hingga warna rata.
6)Setelah habis menggaul untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
7)Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.
8)Buttercream perlu dipukul sehingga kembang sebelum disalut pada kek. Antara lapisan kek perlu disapu sedikit buttercream supaya lapisan kek melekat antara satu sama lain.
9)Salut kek yang telah dilapis antara satu sama lain tadi, hingga rata dan hias mengikut kreativiti anda.




CONTOH GAMBAR CANTIK...MISSCHA BELUM BUAT LAGI TAU...














 Ok...Chiao...Adieuu... 

  Photobucket

8 comments:

azam said...

sedap nih....nampak cam mainan la pulak

amniey91 said...

yummy...sdapny...lau jadi bgtaw la...ley cik am try gak resepi ni..:D

rara pinkmafia said...

gud luck.hehehe

Suliana said...

buat la, nnti bawa opis skit. hehe

misscha said...

@azam

tu la cam mainan...ekeke

misscha said...

@amniey91
cik am try jugak tau...dah jadi nanti wat entry k

misscha said...

@rara pinkmafia
huhu...mekaseh bg semangat...ahahaha

misscha said...

@Suliana

kak su otai kena wat dulu...ekekkee