Showing posts with label open post. Show all posts
Showing posts with label open post. Show all posts

Tuesday, 20 September 2016

Prebioitik : Lacto 5

As-Salam,

Berbali kepada post sebelum ni pasal baby sembelit INI. baru teringat pasal nak update brand prebiotik apa yg diguna. Mula - mula tu guna Lacto GG, tapi x berapa berkesan sangat arga pon mahal jugak.

Then terjumpa Lacto - 5, harga pun okey reasonable la kira sebiji rm 1. yang bestnya sesuai dengan elle, masalah sembelit pun dah berkurangan,


Ini lah dia Lacto 5 macam dalam gambar bawah ni. Senang nak dapat kat pharmacy . pharmacy alpro, pharmacy guardian, watson ectc








Ok...Chiao...Adieuu...

Monday, 19 September 2016

NUFFNANG KE ADSENSE?

As-Salam,

Kali ni cerita pasal nuffnang pulak, oleh kerana dah lama tak berblog maka dah lama xde iklan nuffnang bertepek di blog ini... bukan setakat xde iklan sahaja, bila dah buka nuffnang, list status iklan skyscraper, leaderboard dgn rectangle semua dah ilang, dulunga ada bintang2 dah lesap semuanya.. sedih3..

Bila nak active balik ni mula lah google all the info,  mana lagi bagus adsense google atau nuffnang.. hasil pembacaan banyak ke adsense, maka diri ini telah cuba apply adsense tapi... nampak gayanya susah la adsense ni. mula2 kene approve dulu, lepastu ada pin pulak, nak dapat pin kena dapatkan atleast 10$... mana la nak dapat 10$ dalam account tu kalau iklan pon x boleh letak. kenapa x boleh letak account? sebabnya x approve lagi kot or x dapat pin, aku dah pening baca kalau nk dpt pin kene ada $$ dulu.. setakat ni hosted account je la tapi iklan tak boleh letak so x leh dapat $$ so x leh dapat PIN,  dah aku pon x paham..


maka letak balik nuffnang, alhamdulillah sekejap je (adalah dalam 1 hari) dah ada keluar iklan ... alhamdulillah.. dapatla rm 0.25 sen.. jadilah kan... hahha kira beruntung gak lah dapat.. bukannya senang kan.

tq SCOTT DHA GUMMIES



Ok...Chiao...Adieuu...

Thursday, 15 September 2016

Update : Bayar Cash Tapi Kenapa Keluar Dalam Credit Card Statement?

As-Salam, Ok...Chiao...Adieuu...

Ok, update kepada post sebelum ini Klik Me! , setelah vendor call merchant bank dia, dia kata agent merchant akan selesaikan. lepas tu dia bagi nombor agent merchant tu.

Aku pun call la, alhamdulillah, katanya akan selesai dalam tempoh 5 hari bekerja. aku tanya selesai camana? aku mintak cash refund dari vendor ke? agent tu kata akan selesai melalui sistem bank.

Aku tanya la kenapa x bagi refund cash je, katanya, takut ada penipuan, dah amik cash tapi masih claim dispute dekat bank.. owhh okay logik jugak... penipu jan ramai di dunia ni..haha


legaaaa makkkk...hihi

p/s: dengan sabarnya aku menunggu rabu depan

Friday, 9 September 2016

Anime Drama: Grave of The Fire Flies

As-Salam,


Aku bukanlah peminat tegar anime yang bergenre serius macam ala2 drama. Tapi disebabkan asben tgk so aku pon menumpang la tengok tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii



aku naneeessssss  T_T........ ni paling teruklah aku nangis since tgk cerita2 sedih nih


Tajuk : Grave of The Fireflies
Initial Release : 1988... haha thn 1988 cane korang nk tgk ekh.. huhu











 Ok...Chiao...Adieuu... 


  Photobucket

Tuesday, 6 September 2016

Cara Handle Baby Sembelit

As-Salam,

I dunno bout others, tapi lately ni kalau nak cari info kat google dah tak banyak dari blog2 kalau ada pon year 2014 or before.

and my next upcoming post mostly will be about ... about apa lagi kan.. about baby lah..hahhaha..nampak sangat perubahan dari bujang kepada mak orang everything change

kali ni will cerita about sembelit baby

bila bby kita dah sembelit sangat2 merunsingkan tau tak .. tengok dia nak poopoo terseksa yang amat dengan menangis lagi.. kita pon boleh terjoin nanges. tp as a mom kita jangan panik, legakan/ comfort baby sambil dia poopoo teran tu.


bby misscha start sembelit masa dia dah start solid food dan kebetulan masa tu pon baru mula campur formula milk walaupon masa tu solid food pun cuma bagi puree apple aja. dia akan ada masalah membuang jadinya bila dia nak poopoo mmg keras mcm plastesin....masa tu lah first time bagi ubat bontot jenis pam tu tp ubat bontot ni please ya mummy bila terdesak sahaja.

so bila bby dh start sembelit, mmg kita akan jadi bersedia gila siap baca blog, tips, etc2 cara nak atasi sembelit baby ada yang kata amik pisang lah amik bayam lah , Semua dah cuba tapi x berjaya. Akhirnya alhamdulillah terjumpa juga cara atasi sembelit baby:-


1)masa bby 6month dah start puree so  bagi puree kurma+pear+raisin+prun . yang ni mmg wajib setiap hari. Steam dulu lepas tu blend. campurkan dalam oat dia. kalau bg direct mcm manis pulak

2)orang kata sembelit sebab susu x sesuai, so cuba tukar susu walaupun susu tu susu yang sama dia minum selama ni okay je tetiba x okey.

3)banyakkan air suam, tapi x semua baby nak minum air suam/kosong. mcm bby misscha diluakkan nye balik.. okey stress kejap

4)tambahkan probiotik dalam susu baby utk tambahkan bakteria baik. yang ni boleh cari kat farmasi banyak jenama

5)rajinkan urut perut baby . buat leg cycling.

6)stop bagi makan yang keras2, contohnya kalau dia dah makan nasi , bagi bubur camtulah... bagi dia stabil dlu then nak bagi solid food ape pon bagilah.

7)rutin harian mesti tanya pengasuh samaada bby poo2 atau tak kalau dah 2hari x poo2 terus je bagi lactulose.



kalau boleh elak dari bagi ubat bontot sebabnya nanti otot2 membuang poopoo baby akan jadi lemah


but then kalau dah tgk baby terseksa, if misscha, misscha bagi je.. xyah nk prinsip sangat ..huhu jgn bagi selalu tau

info kat atas ni selalu terjadi yg dah start formula milk/solid food so walau dah 2 hari kita kena risau sebenarnya.

p/s : semua mommy/daddy sayangkan anaknya, x kira apa pon caranya (lain orang lain cara) semuanya yg terbaik utk anak kan.

 Ok...Chiao...Adieuu...


  Photobucket

Wednesday, 19 November 2014

Ermmmm : Cakkk.. Alhamdulillah

As-Salam,


Jeng... Jeng....Jengg....surprise la kunun kan...tp berita dah agak lapuk.... taraaaaa.....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Gambar lama sekarang dh nak masuk 3 bulan :) 




Alhamdulillah setelah hampir 7 tahun berkahwin akhirnya ada rezeki nih... selepas buat rawatan di LPPKN...yang itu next story start from mula appointment sampai sekarang....



p/s: yeay dah boleh letak ticker baru!!!








 Ok...Chiao...Adieuu... 

  Photobucket

Monday, 10 November 2014

Resepi Puding karamel & Kenapa Kadang2 Tak Jadi

As-Salam,

Untuk kali ke seratus lima puluh jutaaa~~.. ok aku ngaku suka nyanyi lagu tu kat karaoke, tp itu bukanlah yang aku nk sampaikan sebenarnya.


Antara persamaan lagu tu dengan skil baking aku owhhh memang ada kaitan.... kalau aku nak baking, seriously aku kena buat 5-6 kali x jadi lepas tu baru  T_T alhamdulillah berjaya.

Yang latest (xde la latest beno) percubaan aku adalah untuk buat puding karamel hanya untuk 2 orang makan since aku x gemo makan benda - benda dairy nih. tp asben aku suke, so bila suke kena belajar ye (x semua mende aku nk blajo hahaha).


Sebelum aku merapik baik aku bg resepi dulu. Orang yang dah terer x yah kot..*aku malu jap* ...hoho


Puding karamel boleh la 2-3 orang mkn

BAHAN - BAHAN

Gula hangus
4-5 sudu besar gula pasir
air sikit

Bahan adunan

3 biji telur
1/2 tin Susu Cair (susu sejat/evaporated milk)
1 sudu kecik esen vanila ( aku x measure pon main tuang aje)
1/2 sudu gula pasir
maple syrup (sikit je ...ini optional tp kalau letak mmg sedap/wangi ...)


CARA  MASAK

Gula Hangus
Yang ini kena hati2 kalau x, gula tu jd hangus so pahit bila makan.
yang aku buat taruk gula then terus taruk air skit mmg lmbt skit nk jd perang tp sabar tu separuh iman, kena tunggu dia gelembung2 dulu kasi kacau2 gerenti x hangus sebab korang dah campur air skit awal2. Bila dah perang tu letak la tempat lain sejukkn. Kalau masa dah taruk air tu rasa aiseymen mcm nk buat air gula plak... pepandai tambah gula yer.


Adunan
Yang ni aku campak aje tp gula tu kasi cair dulu kalau x mmg konfirm puding ko berlobang2. nak blender pon bleh , nk kacau satu2 pon bleh. Bila dah sebati kena tapis dulu... aku mmg suka tapis dengan penapis orang buat air kopi teh tu senang.... hahaha

Bila dah tapis baru tuang kat gula hangus yang sejuk tu.


Masa ko adun tu x reti2 nak panaskan periuk steam ajaib korang.. jimat masa.... aku pakai periuk bodo aje.. api x dela kuat sangat mcm nk jerang air tu .. just biasa2 aje then masak selama 30-45 minit... testing skit ngan pisau ke ape samada dah masak atau x.


Bila dah settle biar beberapa minit untuk sejukkan boleh , nak masuk peti ais pon boleh, suka ati korang. lepas dah couple minutes, guna skil padaiyapaa korang utk terbalikkan (jgn lupa baca bismillah)... buat kt sinki so x dela air gula korang tertumpah kalau korang terbuat byk gula hangus.


Ini hasilnyaaaa taraaaaaa.........................



eh macam bole mkn 4 orang..hahaha


Skang meh aku ceritakan dah berapa kali aku buat dah hasil penemuan aku.... nak senang dlm bentuk Q&A la kan.

Soalan Kendiri

Q: Dah berapa kali aku buat ?
A: 5-6 kali

Q: Apakah Nasihat asben setiap kali terlihat kegagalan isteri dan berkotak2 telur dibazirkan?
A: x yah buat dah laaaaa....

Hasil penemuan

Q: Kenapa Gula saya x hangus2
A: Sebab korang terlebih air kotttt, tambah gula

Q: Kenapa Gula saya hangus, kelat, pahit, puiii?
A: Sebab api panas beno, kalau x leh bajet api letak air skit dulu...ingat kesabaran tangga kejayaaan

Q: Kenapa Gula saya x penuh pon, mcm sikit aje.
A: Sebab korang bajet gula, atau takut terkena diabetes... sila tambah gula anda.


Q: Kenapa bila terbalikkan pecah2 macam tak masak, macam hancur, tapi saya masak dah dekat sejam, macam masak tepi tp tengah mcm x masak, kenapa jadi macam dadih bila terbalikkan arghh frusttt.... kenapa .. kenapa.. kenapa ???


A:
Ni byk sebab...
1)masak tak cukup masa
2)ratio adunan x betul (dulu aku pon pena jd mcm ni sebab nk kedekut telur)
3)terbalikkan masa tengah panas
4) x kasi pisahkan tepi dia dulu pastu terbalikkan laju nak mampus. (yekot)
5) sebab no 2 balik..... tu mmg betul. kenapa aku buat 5-6 kali x jadi tu sebab aku nak cari ratio telur, susu, etc yang betul, rata2 aku cari  resepi sume nak belasah 5-8 biji telur...habislah telur aku.. so aku mula2 buat 2 biji.. x jadi, pastu ratio susu pon kena betul, kalau x, cair laaaa masak berjam2 pon x jadi...jadi dadih adala



p/s: maaf kalau tersilap. moral hari ini , berjimatlah telur - telur dirumah anda... penat ayam mengeram.


 Ok...Chiao...Adieuu... 


  Photobucket

Sunday, 9 November 2014

It's good to be back!

As-Salam,


Lepas dah lama x update blog and then suddenly yesterday aku update satu entry yg for me panjang la kan, some how... it makes me feel interested to bukak blog ni again and again...i don't know why, but aku rasa it's a good thing since it's been a while from 2011 opened this blog..haha


So, aku dah tukar background, tak tau la makin semak ke makin buruk ke, tp sometimes kena ubah la kan for better or worse (hopefully better la yeop) , what ever it is harap x terlalu messy, tp if tetibe esok aku rasa *eh macam semak la* aku tukar la lagi....hahaha


p/s : good morning peeps!!!





...Chiao...Adieuu... 


  Photobucket

Saturday, 8 November 2014

Cabaran : Aku, Jerawat Dan Accutane (April 2013 - Sept 2013)

As-Salam,

SILA BERTAHAN POST PANJANG...


Ingat x post aku pasal jerawat yang x sudah tu... yang INI , INI dan juga INI....  rasanya masalah aku ni dari tahun 2013 lagi kot.... lepas dari percubaan semua tu, aku pegi jupe Dr pakar kat area restoran HANIFA, Restoran UKHUWAH tu. Building dia memang nmpk tua. kalo g opis dia mmg lg sedih..(betul ke aku g jupe dr pakar ni?) haha....tp sebab kan ada org rekemen g je la.. lagipun dr tu mmg ada klinik kat Hospital Gleaneagles aku ok je la. Nama dr tu Dr Gan Ai Tian

Pegi dr pakar ni memang kena ada duit banyak.. kopak aku sepanjang 6 bulan nih... tp ok lagi la kot dari aku membazir dok cuba2 produk nanti makin jahanam plak.... so lepas dh belek lebih kurang, Dr tu rekemen aku amik ubat Accutane. so aku ye kan je la.... tp aku kene bgtau ubat ni side effect dia memang melampauu. jadi memang jadi. kiranya kalau pegi pakar hospital kerajaan ini ubat kira last resort muka bernanah2 penuh jerawat baru dr hospital gomen ni nak bg. kalo dr swasta nih kira aku tgk dia men bg aje takde nk buat blood test bagai pon n kulit aku xde la teruk sgt.....ye la ubat paling mahal la katakan.


sebelum korang suka suki makan.(aku x baca dulu sebab aku ikut nafsu nak baik cepat) baca dulu SIDE EFFECT kat link aku dh bg. pastu tanggung sendiri yer. Lagi satu kalau nk mkn ubat ni korang x boleh pregnant kay boleh effect baby sgt2... kalau nk pregnant pon kena ada jarak 6 bulan ke atas dah berhenti mkn make sure the drugs is out of your system.


Tak ada di jual di mana - mana farmasi hatta ko nangis berguling pun hokey.




ni pulak set pencuci muka dia bagi Neostrata. Dia bg pencuci muka, toner, moisturizer ngan sunblock


Accutane ini ada banyak dos, so kalau x teruk Dr akan bg rendah. macam aku dulu sehari 20mg. Hanya boleh amik ubat ini paling lama 6 Bulan. pengambilan berterusan x digalakkan. Ni dos Dr bg aku.

1 month = 20mg
2 - 4 month =40mg + bactrim antibiotic (kulit makin teruk)
5 - 6 month = 20mg

meh aku terangkan ... nape 20mg pastu 40mg pastu 20mg balik.

Untuk bulan pertama ke kedua percayalah bahawa kebanyakkan org yg makan accutane akan alami initial breakout (aku salah seorang yang malang). Initital breakout ni katanya jadi sebab semua nanah2 kat dalam rebut2 nk keluar sebab kulit kita dah jd kering n mknn dia dh xde iaitu minyak dimuka. (percayalah aku rajin basuh muka yer)





First month. kecik je gambo aku letak..malu jap (side effect : ekzema (sebelum ni aku xde penyakit ini ya) , dry mouth, initial breakout, kulit kering)


2nd month, Dr bump to 40mg dos .. confident level hancosssssssssss ....  aku nanes tauu... seb bek asben sayang lagi  (side effect : mild eczema, dry mouth, initial breakout, kulit kering, rambut gugur<)


Nak masuk 3rd month.  (side effect : mild eczema, dry mouth, initial breakout, kulit kering, rambut gugur)



 ni masa dah 5 month mkn ubat. hilang dah.. tp parut mmg amik masa.  (side effect : mild eczema, dry mouth, initial breakout, kulit kering, rambut gugur<)


Aku amik ubat ni awal bulan 4 tahun 2013 n berhenti bulan 9 tahun 2013. So skarang November 2014 parut tu masih ada tp ada kurang sikit la.


APA JADI LEPAS BERHENTI AMIK UBAT?

ok, soalan ni bagus.. (hehe sendiri tanya) sebabnye memang ada kemungkinan jerawat korang akan datang balik lepas berhenti. ada yang 3bulan lepas tu ada juga yang setahun lepas tu. aku? kan aku dah kata aku malang orangnye ... jadi memang dia mai balik.... pang aku kasi....

dia mai balik bulan 6 tahun 2014, lepas 9 bulan berhenti. memang ada sesetengah patient yang akan amik ubat ni balik. tapi aku...cukup2 la sekali aje. tak mau aku.... since aku mmg nk pregnant thn 2014 so rentikan la.....

Aku teruskan dengan set pencuci muka Dr bagi. tp x boleh...kulit aku mungkin dah immune kot...mmg x jalan...

so last sekali sebagai usaha berubat.. bulan 9 tahun 2014 aku pegi dermalogica , amik pakej facial yang boleh dipercayai iaitu aster spring (dermalogica)dan amik produk skali... alhamdulillah dalam sebulan dua dah terkawal....tiada lagi noda - noda dimuka.......


nanti aku cerita pulak Dermalogica.

oklah panjang beno celotehnye jadi sampai sini ajelah...


Ok... Chiao...Adieuu...


  Photobucket

Friday, 6 December 2013

Hijack : Sesi Sengal - Menyengal

As-Salam,

Okeh, pelik tak entri bertarikh 2 Disember 2013? haha...itu bukan entri aku yer tp entry staff aku yg sengal. macammana dia boleh buat post kat situ? meh sini aku citer ~

Alkisah aku lupa nak logout blog dari komputer aku, dan - dan tu dia dtg tmpt aku n tgk komputer aku , siap duduk situ surf tenet lagi... yang paling badd nyer dia baca blog aku pastu gelak sorang2 (diceritakan oleh roomate opis aku) bila aku datang tmpt aku balik ajer tau - tau dia dah gelak sakan macam orang sakai...ekekek....

owhhh belum berakhir di situ....dah la dia dok gelak post aku , yang paling tak tahannya dia boleh request satu post..sesajer nak try..katanyer la...sebagai bos yang seporting nak mampui aku ok je la.... so tercetuslah nukilan "saya ada bos" oleh KJ...

Sebagai balasan, aku telah menghijack komputer dia dan kebetulan dia x logout FB, aku post status yang ekekeke...nasebko la KJ......

Tercetusla fenomena komen mengomen diantara kawan2 dia, siap komen nk kasi penampor pon ada...kesian....hahahha 

p/s : walaupon anak buah aku ni sengal, tp dia ni rajinsssssssss ..... kalau bz pon dia masih boleh tambah kije lagi la..... kesian gak kat dia sebab kene entertain bos byk ..dia sorang je staff sokongan tapi projek byk giles . cuma satu je la masalah dia ni..memang PELUPA...makan semut kot gamaknye..

 Ok...Chiao...Adieuu... 

  Photobucket

Saturday, 23 November 2013

Jalan - Jalan Korea 2013 : Summarize Itinerary

As-Salam,


Ok, selamat pagi semua!, sebelum cerita melalut - lalut pepanjang pasal korea rasanya lagi better summarize kan kemana tempat telah kami tuju from Day 1 - Day 8


Percutian di Bulan Oktober 20 Oktober 2013 - 27 Oktober 2013. Cuaca ketika Mid Autumn memang sesedap rasa...tapi di akhir2 percutian..memang sejuk okay.. bibir pon kering.



D1

1. Gimhae International Airport, Busan, Korea.
2. Pusan Inn Motel, Busan, Korea.
3. Pasar Jagalchi, Busan, Korea.

D2

1. Pusan Inn Motel, Busan, Korea.
2. Gimhae International Airport Busan, Korea.
3. Jeju International Airport, Jeju Island, Korea.
4. Museum Teddy Bear, Jeju Island, Korea.
5. Cheongjeyeon Waterfalls, Jeju Island, Korea.
6. Jusang Jeolli of Daego, Jeju Island, Korea.
7. Mysterious Road, Jeju Island, Korea.
8. Hotel The Forest, Jeju Island, Korea.

D3

1. Sangumburi Volcano Center, Jeju Island, Korea.
2. Museum of Trick Art, Jeju Island, Korea.
3. Jeju Seogeup Folk Village (Drama Jewel In The Palace), Jeju Island, Korea.
4. Sanbong Ilchulbong Sunrise Peak Woman Driver Show, Jeju Island, Korea.
5. Manjanggul Lava Tube, Jeju Island, Korea.

D4

1.Jeju International Airport, Jeju Island, Korea.
2.Gyeongbokgung Palace, Seoul, Korea.
3.Namsan 3 Guest House, Seoul, Korea.

D5

1. Nami Island, Seoul, Korea. (Drama Winter Sonata)
2. Cheongyechon Stream, Seoul, Korea.

D6

1.Itaewon
2. Insadong (Beli souvenirs kat sini!)

D7

1. Namsan Seoul Tower (Cable Car & Love Lock), Korea. (Free Hanbok Experience)
2. Hello Kitty Cafe, Seoul, Korea.
3. Myungdong, Seoul, Korea.

D8

Travel Day From Seoul to Busan Airport Naik KTX









 Ok...Chiao...Adieuu... 


  Photobucket

Thursday, 21 November 2013

NH Colla Plus : Makin Murah.. I loikeee

As-Salam,



Makin lama makin murah pulak NH Collaplus nih...bagus2...baru - baru ni  dekat watson 98/tong...

hihi ini sudah bagus!




p/s : consumed since 2010 till now




 Ok...Chiao...Adieuu...


  Photobucket

Wednesday, 9 January 2013

Bunga Untuk Siapa?

As-Salam,


Hari ni aku menyaksikan sesuatu yang aku sangka hanya terjadi dalam telenovela cinta........ di suatu pagi selepas breakfast, tiba2 tempat ini didatangi seorang penghantar bunga...pelik aku..sape yg nak antar bunga nih......

Op..op oppa... sebelum korang salah sangka bunga tu untuk aku, baik aku jelaskan yang bunga tu sebenarnye untuk kawan aku......husband dia yang hantar....sweetkan? sempena anniversari ke 5 diorang....

Wokeh bunga tu bukan bunga 2-3 kuntum yer...tapi sejambak bunga...hambik ko.......hihi.......kalau i jadi dia mesti terharu  gila babas....haha romantik u!...


Gambar Hiasan




p/s: bila la aku nak dapat bunga camtu gaya :p










 Ok...Chiao...Adieuu... 


  Photobucket

Monday, 7 January 2013

Pemergian Seorang Teman....

As-Salam,

Pagi ni dapat berita sedih......rakan sekerja telah pergi menemui pencipta Nya...Innalilah wa innalilahi rajiun.....

Tak aku sangka.....aku rasa macam baru aje berborak dgn dia....teringat dia pernah tolong tumpangkan aku & kawan aku ketika kitorang jalan tengah panas (waktu lunch) pulang ke pejabat dari chow kit..... tolong round pejabat and make sure xde org terkunci sebab aku selalu balik lambat dlu... tlg antar surat....dll lagi la

Orangnya mungkin dalam range 50 an seorang yg happy seakan tiada masalah......teringat pula pada ibu bapaku yang juga dah mencecah lebih dari umur itu...sebak...itu yang aku rasa.........





p/s : Ya Allah, moga kau tempatkan dia di kalangan  orang yang beriman. Amin.....







 Ok...Chiao...Adieuu... 


  Photobucket

Friday, 4 January 2013

Semalam Yang Malam : Loceng Bertin tong.....

As-Salam,


Semalam kan.....tepat (xdela tepat sgt) kol 12 mlm...ada mangkok g tekan loceng umah aku...eiiiii.....tengah enak lena dibuai mimpi...aku dikejutkan dengan bunyi "ting tong!" wow tegejut mak...sape la nk datang umah aku tgh mlm ni.....


Atas curiousity yg amat tinggi......aku pun gerak dari tempat tidur...pelan2 bangun and jalan ke depan pintu umah.....x mo ada bunyi2 tapak kaki bagai......lgpun laki aku ni masih belasah tido lg...(x bangun plak dia - siut!, aku saspen sorang2) sampai je kat pintu..ok aku ada akai lagi x dela terus meluru bukak pintu kan....(lesson learn dr rancangan tv) aku tgk melalui celah pintu...hmmm xde org pon.....


pastu aku teringat yg aku n laki aku ni suka tinggal kunci kat luar.......(couple pelupa..lol) ape lg ..terus cari kunci kat beg..ok dua - dua kunci ada "yes!" selamat.....huhu.....then aku perasan pintu kat dapur aku terbukak lg...lupo den nak kunci.....terus je kunci (dgn gerak perlahan) sesudah itu..kembali ke tempat tido n Zzzzzzzz.....


sekian....


p/s: saspen je ....kot2 org bengong kat tmpt aku tu mmg suka tekan loceng..abes semua umah dia tekan loceng...saiko mengong!





 Ok...Chiao...Adieuu... 


  Photobucket

Monday, 12 March 2012

Resepi Pau Kacang Merah: Mari3!!!

As-Salam,

Mari ..mari...mari...kita belajar buat pau....Resepi dari big bos yang memang suka bake biscuit and cake.......



Bahan-bahan ( 20 biji )
  • --Doh--
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh yis
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1 1/4 cawan air suam
  • --Inti--
  • 2 genggam kacang hitam / merah
  • 6 sudu gula pasir
  • sedikit minyak
Cara-cara

1) Inti : Rebus kacang dan gula sehingga lembut. Setelah air agak kering, masukkan sedikit minyak. Rebus sehingga air kering. Sejukkan. (
Untuk lebih mudah beli je inti kacang merah yg siap diproses.)


2) Larutkan gula dengan air suam.
3) Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.


4)Bahagikan doh kepada 15 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit.
5)Tumbuk doh (bagi angin keluar). Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit).


6)Panaskan periuk kukus. Kukus kuih pau selama 10 minit.



7) Sedia untuk dihidang bersama kopi O..


 p/s: kalau nak inti lain macam pau kaya, pau kari ayam, pau daging ke boleh je buat......misal kata lauk tengahhari kari ayam tak habis boleh je buat untuk pau.



 Ok...Chiao...Adieuu...

  Photobucket

Monday, 27 February 2012

Resepi Cornflakes Madu : Sedapnyaa

As-Salam,

Bila cornflakes menghampiri tarikh expirednya maka........rajinkan diri buat beskut raya walaopon anda di bulan februari.....

maaf huduh...buat sensorang gini ler tahap kerajinannye....


Bahan - Bahan



1 kotak cornflakes – 220g
100g butter
4 sudu besar madu
5 sudu besar brown sugar
Paper cups
Manik warna-warni (optional)



Cara-cara

Panaskan butter, madu dan gula di dalam periuk sehingga cair dan sebati.Tunggu sejuk sikit...
Masukkan cornflakes dalam periuk dan kacau sehingga sekata. 
Setelah sekata masukkan cornflakes ke dalam paper cup (hancurkan cornflakes sikit kalau susah nak masuk papercup) dan tabur manik ke atasnya.
Bakar di dalam oven selama 6-8 minit pada suhu 150 celsius. 

p/s: Baik testing dulu bakar, nanti cornflakes hangus...kiciwaaaaa...lain oven lain ragamnye.....mencik2



  Ok...Chiao...Adieuu... 

  Photobucket

Friday, 24 February 2012

Dah Tebiat Jadi Je La Kan.....

As-Salam,

Budak ni comeyla....mesti dah terbiasa dekat rumah buat kerja sekolah cemgini kan?....hehe





p/s: Kalau kat skolah dulu x dela ghupe gini nak buat keje skolah......malu i....x sheswai..haha





 Ok...Chiao...Adieuu... 

  Photobucket

Friday, 17 February 2012

CAT - A - RIUM

As-Salam,

Waiting for the new fish to come......so i bela cat dulu dalam akuarium kecik ni...senang...x payah taruk air.......

comey kan? ada pokok ngan koala bear lg.....hhahahahehehee......


CAT - A - RIUM


 Ok...Chiao...Adieuu...

  Photobucket

Thursday, 16 February 2012

I've Got A New Job :)

As-Salam,

Ape khabar? hari ni x de cerita pasal vietnam...takoot nanti korang muntah hijau kang....hihi..esok la ye part akhir tu.....

Tak cerita lagi dalam blog yg kita dapat tukar unit baru.......Alhamdulillah....akhirnya dapat juga...bukan x suke unit lama... tapi nak rasa new experience buat kerja bidang yang lain pula........bidang yg dah lama ditinggalkan...ni takut2 jugak kalau x ter pick - up.......

I mmg suka unit lama......teringat banyak memori bersama boss n staff...enviroment kerja sangat best......rasa sayang aje nak tinggalkan....tp demi kemajuan kerjaya, kita kena teruskan kedepan......

Takut juga nanti kalau2 dapat naik pangkat saya x boleh perform.....hmmmm jadi perlu ada perubahan.....maka perubahan tu harus bermula sekarang...kalau tidak, terlambat dan kita mungkin ketinggalan...... Harap perubahan ke unit baru dalam bidang yg dh lama ketinggalan ni sy dapat kaut ilmu banyak2....sebagai persediaan menghadapi hari mendatang....


So far baru masuk so kerja belum menimbun....huhu harap2 sy boleh catch up..riso sangat ni sebab dah lama sangat tinggalkan.......insyaAllah...dengan bantuan rakan2 di unit baru...diorg ni pon best juga tau..heppi memanjang :)




 Ok...Chiao...Adieuu...


  Photobucket