Wednesday, 28 September 2016

Stalk IG : Alha Alfa Make Up artist

As-Salam,


Sape penah dengar mekap manis2 , aku skarang follow insta mekap artist sorang ni, alha alfa, kalau boleh hari2 nak tengok IG dia, (macam stalker dah) cantik gila mekap nyer adohai...naseb dah kawen , kalau x kawen lagi mau aku hire dia di hari bahagia aku..

nak tau sapa yg dia biasa mekap, ? si uqasha senrose, ayda jebat n many more lah....


p/s :Nk panggil dia, mcm xde event khas utk aku... ha3



Ok...Chiao...Adieuu...

Tuesday, 20 September 2016

Prebioitik : Lacto 5

As-Salam,

Berbali kepada post sebelum ni pasal baby sembelit INI. baru teringat pasal nak update brand prebiotik apa yg diguna. Mula - mula tu guna Lacto GG, tapi x berapa berkesan sangat arga pon mahal jugak.

Then terjumpa Lacto - 5, harga pun okey reasonable la kira sebiji rm 1. yang bestnya sesuai dengan elle, masalah sembelit pun dah berkurangan,


Ini lah dia Lacto 5 macam dalam gambar bawah ni. Senang nak dapat kat pharmacy . pharmacy alpro, pharmacy guardian, watson ectc








Ok...Chiao...Adieuu...

Monday, 19 September 2016

NUFFNANG KE ADSENSE?

As-Salam,

Kali ni cerita pasal nuffnang pulak, oleh kerana dah lama tak berblog maka dah lama xde iklan nuffnang bertepek di blog ini... bukan setakat xde iklan sahaja, bila dah buka nuffnang, list status iklan skyscraper, leaderboard dgn rectangle semua dah ilang, dulunga ada bintang2 dah lesap semuanya.. sedih3..

Bila nak active balik ni mula lah google all the info,  mana lagi bagus adsense google atau nuffnang.. hasil pembacaan banyak ke adsense, maka diri ini telah cuba apply adsense tapi... nampak gayanya susah la adsense ni. mula2 kene approve dulu, lepastu ada pin pulak, nak dapat pin kena dapatkan atleast 10$... mana la nak dapat 10$ dalam account tu kalau iklan pon x boleh letak. kenapa x boleh letak account? sebabnya x approve lagi kot or x dapat pin, aku dah pening baca kalau nk dpt pin kene ada $$ dulu.. setakat ni hosted account je la tapi iklan tak boleh letak so x leh dapat $$ so x leh dapat PIN,  dah aku pon x paham..


maka letak balik nuffnang, alhamdulillah sekejap je (adalah dalam 1 hari) dah ada keluar iklan ... alhamdulillah.. dapatla rm 0.25 sen.. jadilah kan... hahha kira beruntung gak lah dapat.. bukannya senang kan.

tq SCOTT DHA GUMMIES



Ok...Chiao...Adieuu...

Thursday, 15 September 2016

Update : Bayar Cash Tapi Kenapa Keluar Dalam Credit Card Statement?

As-Salam, Ok...Chiao...Adieuu...

Ok, update kepada post sebelum ini Klik Me! , setelah vendor call merchant bank dia, dia kata agent merchant akan selesaikan. lepas tu dia bagi nombor agent merchant tu.

Aku pun call la, alhamdulillah, katanya akan selesai dalam tempoh 5 hari bekerja. aku tanya selesai camana? aku mintak cash refund dari vendor ke? agent tu kata akan selesai melalui sistem bank.

Aku tanya la kenapa x bagi refund cash je, katanya, takut ada penipuan, dah amik cash tapi masih claim dispute dekat bank.. owhh okay logik jugak... penipu jan ramai di dunia ni..haha


legaaaa makkkk...hihi

p/s: dengan sabarnya aku menunggu rabu depan

Wednesday, 14 September 2016

Bayar Cash Tapi Kenapa Keluar Dalam Credit Card Statement?

As-Salam,

Ceritanya ahad minggu - minggu sudah, ada la buat pembelian guna credit card nilainya adalah dekat dua ratus lebih beli barangan baby. aku memang jenis tak suka bawak cash banyak2 dalam dompet so memang confirm la akan pakai credit card.

Masa mula2 caj kat kad memang x keluar approved atau apa - apa notification dekat mesin tu katanya berjaya. so cuba lagi, dekat 4 kali la swipe card, semua tak berjaya, perkataan APPROVED tak keluar kat mesin credit card dan tak ada statement keluar dari card tu.

So aku dan vendor assume memang tak berjaya la transaction tu and gigihlah pegi atm semata - mata nak bayar cash.Episod shopping hari ahad lalu kira mission accomplished lah..

Lepas 2 minggu dari shopping , bukak la online bank, check punya check nampak ada statement sebanyak 4 kali... empat kali wehh dia caj so korang boleh bayangkan transaksi rm 250 di darab dengan 4 kali memang terbuntang biji mata aku tengok amount RM 1000 tertunggak untuk benda yang aku dah bayar....

ok stresss...

terus call bank and explain yg mesin tak keluar approved and tak keluar statement utk di sign. memang aku x sign okay.

bank kata walaupon x keluar and aku tak sign, sistem dah baca ada transaksi sebanyak 4 kali,  bank tanya aku ada x mintak statement kata transaksi tadi batal.. of course la takde kan...so memang dia caj la.. mangkok betul...

aku pon x puas hati tanya lagi and bank explain yang semua caj akan floating dalam sistem selama 7 hari, sekiranya merchant(vendor) claim maka dia akan appear dalam statement online aku, kalau merchant tak claim dia kan drop caj floating and x caj kepada consumer.

In this case vendor dah claim, maksudnya dia dah amik RM1250 dari aku...tension3

So aku call vendor, naseb baik vendor mengaku aku bayar cash (resit aku dah buang)... tapi dia kata x appear ada bayaran masuk dalam akaun dia.So dia call bank and bank akan siasat..... mungkin ambil masa seminggu.

sekiranya vendor pon dah hangat2 taik ayam x nak tolong aku and x nak refund , maka aku kena isi borang dispute bank. bank kata amik masa 45 hari untuk siasatan dan result tidak dijamin.

Moral Of The Story :-

so sekarang ni lepas swipe card tapi macam tak berjaya :-

1) jangan swipe buat kali kedua
2) mintak vendor bagi resit batalkan transaction tak berjaya tadi
3)lepas dah keluar resit void transaction baru lah swipe lagi. kalau takut bayar cash je la.


kalau appear statement online tapi dah bayar cash :-

1)call maybank tanya pandangan
2)call vendor mintak semak and kalau betul minta refund
3)kalu vendor taknak layan isi borang dispute yang boleh korang dapati dalam website bank






p/s: tengah tggu keputusan vendor , lagi3 hari aku nk contact balik...stress mak..





 Ok...Chiao...Adieuu...

Friday, 9 September 2016

Anime Drama: Grave of The Fire Flies

As-Salam,


Aku bukanlah peminat tegar anime yang bergenre serius macam ala2 drama. Tapi disebabkan asben tgk so aku pon menumpang la tengok tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii



aku naneeessssss  T_T........ ni paling teruklah aku nangis since tgk cerita2 sedih nih


Tajuk : Grave of The Fireflies
Initial Release : 1988... haha thn 1988 cane korang nk tgk ekh.. huhu











 Ok...Chiao...Adieuu... 


  Photobucket

Thursday, 8 September 2016

Cari Group Preloved Barang Baby Yang Boleh Dipercayai?

As-Salam,

Barang2 baby semua mahal2 kan.. mmg sakit la nk membeli barang baby ni especially toys etc.

This one particular group yg misscha mmg suka beli, group preloved, goods yang dia jual  so far okay cuma kita kena la tany condition barang sebelum beli kan, any defects? etc etc.. usually diorg bg price yang kadang2 kita boleh nego but then sometimes dah fixed.


Banyak jugaklah brg bby elle yg misscha beli dari group preloved tu and byk jugaklah yang misscha dah jual dekat group tu..


preloved baby goods malaysia


Why this group? group ni x misleading, clearly stated price condition and kena bagi actual picture bukannya gambar brg baru.. macam nak tipu je kan...so kita dah tau the good actually mmg ada kat owner nyer.. risiko di tipu pon kurang..

last year misscha ada join group preloved lain tapi masalahnya byk jugak yg ,enipu, ada satu orang tu dia jual pampers, kononnye murah dari market.... so modus operandi dia , dia gain trust dulu dari buyer.. so dia akan rugi untuk seketika , bila dah byk order dia tukar dari jual ke consumer dia jual ke agent sahaja.

Bayangkan la agent sekali amik barang mau ribu riban kan..... for the first few agent mmg ada dia deliver brg but then bila dh terlalu ramai yg bank in duit dia lari, so ramai la yg complaint duit dah byr but then brg x nampak, dengar cerita dah cecah ratus ribu.... last sekali atas effort yg ditipu buat group siapa lg kena tipu and  lodge a police report.

Akhirnya sepandai2 penipu tu akhirnya kena tangkap jugak.. eishh x patut betul..

so parents, make sure beli barang tu dah diketahui sumber nye..especially yg secara online. kalau cash on delivery lagi selamat dah senang... hihi







 Ok...Chiao...Adieuu...


  Photobucket

Wednesday, 7 September 2016

Babbling Time... Hahaha

As-Salam,

Been browsing through my blog, penggayaan bahasa pon dah berubah.. wow sejak jadi mak ni lebih tertib plak rasa.. but then hmmm kita tengok lah macamana kot2 suddenly terguna "aku" ka "i" ka "misscha" ka x kesahlah ..as long as im comfortable with it.


Rasa rindu pulak bila baca post2 lama, it's all about what i've been through, gaya cerite pon sempoi lawak macam kanak2 rindunyer..... lepas ni nak aktif balik lah berblog.. macam kepuasan pulak dapat bercerita disini... cheq xde diary, nk habaq kat facebook pun x sesuai kan.. so this is the medium

p/s: i love my blog.. just renovate the header and design .. sikit jela..


 Ok...Chiao...Adieuu...


  Photobucket

Tuesday, 6 September 2016

Cara Handle Baby Sembelit

As-Salam,

I dunno bout others, tapi lately ni kalau nak cari info kat google dah tak banyak dari blog2 kalau ada pon year 2014 or before.

and my next upcoming post mostly will be about ... about apa lagi kan.. about baby lah..hahhaha..nampak sangat perubahan dari bujang kepada mak orang everything change

kali ni will cerita about sembelit baby

bila bby kita dah sembelit sangat2 merunsingkan tau tak .. tengok dia nak poopoo terseksa yang amat dengan menangis lagi.. kita pon boleh terjoin nanges. tp as a mom kita jangan panik, legakan/ comfort baby sambil dia poopoo teran tu.


bby misscha start sembelit masa dia dah start solid food dan kebetulan masa tu pon baru mula campur formula milk walaupon masa tu solid food pun cuma bagi puree apple aja. dia akan ada masalah membuang jadinya bila dia nak poopoo mmg keras mcm plastesin....masa tu lah first time bagi ubat bontot jenis pam tu tp ubat bontot ni please ya mummy bila terdesak sahaja.

so bila bby dh start sembelit, mmg kita akan jadi bersedia gila siap baca blog, tips, etc2 cara nak atasi sembelit baby ada yang kata amik pisang lah amik bayam lah , Semua dah cuba tapi x berjaya. Akhirnya alhamdulillah terjumpa juga cara atasi sembelit baby:-


1)masa bby 6month dah start puree so  bagi puree kurma+pear+raisin+prun . yang ni mmg wajib setiap hari. Steam dulu lepas tu blend. campurkan dalam oat dia. kalau bg direct mcm manis pulak

2)orang kata sembelit sebab susu x sesuai, so cuba tukar susu walaupun susu tu susu yang sama dia minum selama ni okay je tetiba x okey.

3)banyakkan air suam, tapi x semua baby nak minum air suam/kosong. mcm bby misscha diluakkan nye balik.. okey stress kejap

4)tambahkan probiotik dalam susu baby utk tambahkan bakteria baik. yang ni boleh cari kat farmasi banyak jenama

5)rajinkan urut perut baby . buat leg cycling.

6)stop bagi makan yang keras2, contohnya kalau dia dah makan nasi , bagi bubur camtulah... bagi dia stabil dlu then nak bagi solid food ape pon bagilah.

7)rutin harian mesti tanya pengasuh samaada bby poo2 atau tak kalau dah 2hari x poo2 terus je bagi lactulose.



kalau boleh elak dari bagi ubat bontot sebabnya nanti otot2 membuang poopoo baby akan jadi lemah


but then kalau dah tgk baby terseksa, if misscha, misscha bagi je.. xyah nk prinsip sangat ..huhu jgn bagi selalu tau

info kat atas ni selalu terjadi yg dah start formula milk/solid food so walau dah 2 hari kita kena risau sebenarnya.

p/s : semua mommy/daddy sayangkan anaknya, x kira apa pon caranya (lain orang lain cara) semuanya yg terbaik utk anak kan.

 Ok...Chiao...Adieuu...


  Photobucket

Monday, 5 September 2016

hi! new post 2016

As-Salam,

ternampak last post, is around 2014.. omg... so long time ago.. even dah tak ingat how to create new post since the dashboard already hilang form my page.. *panic mode*. x resolve lg issue nih.. xpelah let's move on..

last post about pregnancy test, but now my baby already 15 month...

after 8 years of honeymooning life a bit shock hahaha less sleep like very less, never ending tired dari newborn sampai 15 month, i thought dh besar sket less tired but still tired... hahaha but then to see my baby happy ceria lega rasanya .. penat pon hilang..hihi  dari cerite bertukar2 susu formula coz milk production dropped...ke msalah sembelit ke demam ke everything lah....


but...  I love my baby so muchh

mommy love you elle









 Ok...Chiao...Adieuu...



  Photobucket